




PERSATUAN PERUBATAN ISLAM HIJAMA MALAYSIA (PERHIJAM)
PERSATUAN PERUBATAN ISLAM HIJAMAH MALAYSIA dengan nama singkatan PERHIJAM adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran PPM-007-10-14072011
Ia ditubuhkan pada Julai 2011 diatas inisiatif sekumpulan pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mahu memartabatkan perubatan nabi khususnya BEKAM.
- Menyatukan umat Islam di bawah satu semangat persaudaraan Islam khususnya di kalangan Pengamal Perubatan Islam, Perubatan Melayu dan
Perubatan Komplementari serta memartabatkan - Memartabatkan Perubatan Nabi khususnya ‘BEKAM’ supaya boleh diterima
oleh masyarakat sebagai ‘Perubatan Islam’ dan ‘Perubatan Melayu’
- Mengetengahkan tradisi serta amalan perubatan yang bersumberkan unsur alamiah dan Ilahiah kepada masyarakat.
- Membangunkan ilmu Perubatan Nabi SAW dan Perubatan Melayu menjadi satu bidang dakwah dan kerjaya yang profesional
- Bekerjasama dengan mana-mana organisasi yang mempunyai keserasian dan berkeinginan untuk merealisasikan objektif Pertubuhan.
- Menyediakan modul berkaitan Bekam, Herba dan Urutan serta ilmu yang
berkaitan dengan modaliti tersebut untuk diguna pakai oleh ahli dalam amalan mereka - Menyedia, menyusun dan menerbitkan bahan ilmiah serta garis panduan
berkaitan amalan Perubatan Nabi dan Perubatan Melayu setelah mendapat
kelulusan daripada jawatankuasa tertinggi - Mengendalikan siri-siri kuliah dan pelatihan untuk ahli-ahli pertubuhan serta masyarakat agar dapat menguasai kefahaman, keyakinan dan kemahiran yang mantap terhadap Perubatan Nabi dan Perubatan Melayu
- Mengajar, menyokong, membimbing, membantu, mengawal dan mengiktiraf ahli-ahli pertubuhan di dalam bidang Perubatan Nabi khasnya ‘Hijamah’ sesuai dengan kelayakan serta keupayaan mereka.
- Membantu memberi kesedaran dan kepentingan kesihatan kepada masyarakat melalui khidmat rawatan yang mematuhi prinsip syariat islam, beretika dan profesional
- Mengadakan aktiviti untuk mendapatkan dana yang dibenarkan oleh syariat Islam dan undang-undang bagi membiayai kegiatan pertubuhan.
Hj Wan Husni bin Wan Abdullah
Presiden PERHIJAM 2024-2026
Perutusan Presiden PERHIJAM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahirrahmanirahim,
Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web rasmi PERSATUAN PERUBATAN ISLAM HIJAMAH MALAYSIA (PERHIJAM).
Saya berharap laman web PERHIJAM ini akan menjadi pembekal maklumat yang akan membantu dalam penyampaian maklumat, berita, aktiviti, ahli dan banyak lagi kepada yang sedang melayari laman web ini.
Laman web ini juga merupakan satu medium yang menyediakan cara interaksi yang pantas terutama dalam memberikan maklumat yang lebih jelas tentang perkembangan berkaitan aktiviti dan perkhidmatan.
Selamat melayari laman web rasmi PERHIJAM. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau maklum balas, sila hubungi kami.
“Hijamah AsSunnah, Berkhidmat dengan Amanah”
ARTIKEL PERHIJAM
Pautan Pantas Pengamal PT & K
CARIAN POPULAR
ARTIKEL TERKINI
- PERHIJAM COACH (VOL 1) 11/08/2025
- TARIKH SUNNAH BULAN OGOS 2025 06/08/2025
- TAKLIMAT AKTA PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI 2016 DAN KEWAJIPAN PENGAMAL BERDAFTAR 04/08/2025
- PENSIJILAN SKM/DKM YANG DIPEROLEHI MELALUI KAEDAH PPT MASIH DITERIMA 02/08/2025
- KURSUS PERHIJAM COACH 20/07/2025
- HIV & BEKAM 19/07/2025


